Sempena Hari Natal tahun ini, saya juga ingin turut mengucapkan selamat kepada semua kawan dan rakan yang beragama Christian.
SELAMAT
HARI CHRISTMAS
HARI CHRISTMAS
Mungkin ramai warga Malaysia juga turut meramaikan.
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa."
Seorang imam yang juga guru agama di dua surau di sebuah taman perumahan di Klang, Selangor, bukan saja selesa melakukan maksiat dengan bersekedudukan lebih sebulan dengan ‘buah hati’ di rumahnya, malah turut bijak menipu jemaah surau kononnya wanita berkenaan isterinya yang sah.
Kegiatan imam ‘nakal’ berusia 26 tahun terbabit terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu rumahnya, kira-kira jam 2 pagi kelmarin.
Sebelum serbuan, penguat kuasa Jais yang mendapat maklumat awam melakukan intipan dan siasatan lanjut mendapati rumah itu dihuni imam terbabit dan wanita berusia 27 tahun dipercayai kekasihnya dan menjadi pasangan ‘suami isteri’, sejak lebih sebulan lalu.
Jika nak baca berita tu dengan lebih lanjut, sila klik di bawah. Saya nak komen sikit pasal status 'si suami' dan juga tentang 'isterinya' itu.Alangkah terkejut dan sebak hati seorang pemandu teksi sebaik mendapat tahu dia kini `bermadu’ dengan lelaki lain, selepas isterinya menikah satu lagi, minggu lalu.
BERMADU...Azman menunjukkan surat perakuan nikahnya yang masih lagi sah. Isteri berusia 45 tahun yang juga tukang masak di sebuah agensi kerajaan di Bangi, dekat sini, dipercayai menikah kali kedua ketika masih bergelar isteri yang sah kepada pemandu teksi berkenaan, pada 16 April lalu.
...... Menurut Abd Halim (Pegawai Tadbir Agama,Sepang), wanita berkenaan dipercayai menggunakan surat perceraiannya dengan suami pertama untuk berkahwin dengan suami keempat.
Datuk Seri Chua Soi Lek dipilih sebagai Presiden MCA yang baru ...Rupanya para delegasi parti politik menilai mengikut cita-rasa politik mereka. Pada rakyat umum seperti saya, Datuk Seri Ong Tee Keat telah membawa pembaharuan yang memberansangkan. Tetapi semuanya tidak cukup baik mengikut penilaian politik. Patutlah semuanya jadi celaru!
Dr Chua yang juga bekas Timbalan Presiden MCA, menang dengan majoriti tipis 98 undi. Beliau memperoleh 901 undi, mengalahkan bekas Presiden, Tan Sri Ong Ka Ting, yang mendapat 833 undi.
Penyandang jawatan yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, hanya memperoleh 578 undi dalam saingan tiga penjuru bagi jawatan presiden itu.
Nombor plat TAY 1 dijual RM220,000
Nombor plat kenderaan TAY 1 yang dikeluarkan di Terengganu dibeli dengan harga RM220,000, mengatasi harga plat TAN 1 sebelum ini yang bernilai RM200,090.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata harga tersebut diperolehi selepas enam pembeli membuat bidaan sejak tender dibuka dari 2 hingga 22 Feb lalu.