Saya bangun untuk bersahur. Insya Allah, jika tak ada aral, saya akan dapat menyempurnakan sunat tiga hari bersempena bulan dan juga Nisfu Sya'aban tahun ini.
Bukan apa, azam di hati nak mengikut nasihat yang baik yang disarankan. Semoga tergolong di dalam golongan orang diberkati dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Bukan apa, azam di hati nak mengikut nasihat yang baik yang disarankan. Semoga tergolong di dalam golongan orang diberkati dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Sebenarnya malas nak bangun untuk makan sahur kerana saya seorang saja yang ingin berpuasa. Bukan apa, rasa malas nak masak. Tetapi tadi saya makan nasi sedikit saja. Takut pula nanti esok perut akan rasa pedih pula. Jadi bangun jugalah, tapi sekadar buat maggi sajalah. Hehe.
Oleh kerana baru habis makan, bawa duduk lepak sekejap di cik lappy ni.
3 ulasan:
Aslmkm.
Ya, memang elok jika dapat mengikut yang baik .. aman dunia ni!
Aslmkm.
Alhamdulillah. Semoga diberkati, amin.
Salam.
Memang benar tu.
Catat Ulasan