Rabu, 21 Julai 2010

KETUM UBAT BERACUN

Hari ini dah tersibar cerita pasal hal ketum lagi.  Diberitakan seorang lelaki warga emas layak digelar ‘hartawan ketum’ kerana kehidupan mewahnya kerana jasa ketum.  Walaupun pernah empat kali ditahan kerana mengedar dan memproses air ketum di Kampung Tandop Kedabu, Kedah.  Dia meneruskan juga usaha ketumnya sejak lima tahun lalu.

Di Malaysia, jelasnya ketum itu di haramkan dan pengusahaan ketum menyalahi undang.  Mungkin ini mengelirukan orang kampung.

Sejak dari beberapa keturunan, ketum dianggap sebagai salah satu ubat tradisional.    Biasanya ia telah diminum sebagai pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Ia juga didiminum bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.

Walaupun begitu, ketum juga dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin.   Jika diminum secara berlebihan dan disalahgunakan secara melampau, ketum mempunyai beberapa kesan yang amat buruk.  Antaranya ialah susut berat badan, insomnia, anoreksia, sembelit atau kesukaran membuang air besar, kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi.

Mungkin kerana itulah kerajaan mengambil keputusan untuk mengharamkan pengusahaan dan penggunaan ketum ini.  Tetapi rasanya, jika diberi pelajaran tentu orang ramai dapat memahami.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm.
Orang dulu2 & di desa sekarang pun, masih banyak mengamalkan petua2 tertentu.
Ketum mmg biasa diamalkan tetapi ada kesan ketagihan macam kaskas tu ... sbb tu ikut petua pun mesti diamalkan secara berhemah ... tentu lebih baik jika dididik cara penggunaan yg betul kan?
Kalau ketum diharamkan, kenapa rokok masih dibenarkan?

BID berkata...

Aslmkm.
Begitu ceritanya ya? Bid tak pernah dengar orang di kampung Bid mengamalkan minum air ketum ini!

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm.
Lalu jer ler. :)