Malam ini rasa susah pula nak tidur. Mungkin tadi termakan terlalu banyak daging rendang. Cuaca hari ini pula panas. Jadi badan rasa panas sangat. Alang-alang layan blogging la.
Sekarang saya rasa dapat fahami kenapa sesetengah bloggers mempunyai ramai pengikut yang aktif. Blog itu sendiri sudah maksudnya untuk menulis dan bercerita. Yang lebih nyata, benarlah blog itu sendiri mesti ada tarikannya.
Rupa tarikan itu kelihatan berbeza. Ada yang suka tulis merapu entah apa-apa. Tak kurang yang menulis cerita harian sendiri, ada yang tulis cerita rekaan, dan ada yang ceduk ciplak tulisan orang lain. Hanya segelintir saja yang benar-benar berkongsi ilmu, pengalaman dan pandangan.
Saya mungkin belum lagi menjelajah semua bloggers. Mungkin juga tidak terlaksana untuk melakukannya. Salah saya juga kerana jarang sekali buat blogwalking dan masa saya berblogging saya juga amat terhad sekali.
Tapi saya selalu juga mengunjungi beberapa blog, terutamanya mereka yang sama-sama sering mengunjungi blog yang saya suka dan selalu ikuti. Semoga lama-lama nanti, saya berjaya mempunyai lebih ramai rakan bloggers juga.
4 ulasan:
Aslmkm.
Pengamatan yg baik! :)
Aslmkm.
Ya la tu! :)
Aslmkm.
Lalu jer arini. :)
slm ziarah =]
Catat Ulasan