Sabtu, 31 Julai 2010

MADU DAN TELUR

Kebanyakan orang tahu bahawa madu mempunyai banyak khasiat dan baik untuk kesihatan.  Nabi SAW pun meggalakkan kita untuk makan madu. 

Orang-orang kampung lebih suka mencari madu asli sendiri.  Madu ini didapati dari sarang lebah di pohon kayu.  Biasanya mereka mencari hingga ke dalam hutan.

Bagi orang bandar pula memang membelinya di kedai atau di pasaraya.  Madu ini sudah diproses dan bahan madu asli adalah di tahap minima.

Mengikut petua, jika nak tahu madu itu memang sepenuhnya asli atau tidak, kita boleh mengujinya dengan telur.  Telur boleh masak dengan sedikit madu asli.

Ada juga petua kecantikan menggunakan sedikit madu dan telur putih.  Jika diamalkan sejak muda, muka akan bebas dari jerawat dan jeragat.  Bagi yang baru nak mengamalkan, ia akan dapat menghindarkan jerawat dan jeragat baru dan menipiskan kesan-kesan lama.

Kalau tak percaya, silakan mencuba.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm.
Ya benar tu! Cuma nak mengamalnya tu ada sedikit payah kan? :)

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm.
Hmmm, kata nak cari kawan ... cuba bawa jalan2! :)