Memaparkan catatan dengan label Kisah Sendiri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Sendiri. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Jun 2011

REHAT SAKIT

Ingat nak lebih banyak berkongsi bulan ni.  Tetapi kita hanya merancang.  Lain pula ditakdirkan.

Hampir seminggu terpaksa berehat sakit.  Mulanya ruam merah dan gatal-gatal.  Lepas tu demam.

Kata doktor alahan kepada persekitaran.  Mungkin saja kerana cuaca yang agak panas kebelakangan ini.

Alhamdulillah hari ini rasa sudah lebih sihat.  Terus la jenjalan di blog favoret.  :)

Sabtu, 7 Mei 2011

HARI IBU

Hari ibu tahun ini datang lagi.  Bila melihat gambar anak-anak dan ibu-ibu mereka mesra menyatakan bahawa ibu mereka begitu bermakna membuat saya rasa saya gagal menjadi seorang ibu yang baik

Selama ini tiada seorang pun anak saya menyatakan mereka bangga menjadi anak saya.  Malah mereka seperti acuh tak acuh saja.

Sedih rasa hati ini!  Saya tak tahu di mana silap saya.

Khamis, 2 Disember 2010

ANTARA PUASA & MAHA

N3 sambil menunggu sahur lagi ni nampaknya.  Malas juga nak tulis.  Tapi dari duduk melopong saja, baik cerita jugak.

Suami saya teruja dengan puasa sunat hari Isnin dan Khamis yang beliau baru cuba amalkan sejak sebulan yang lalu.  Seronok juga ada teman berpuasa sunat.  Yang tak berapa best tu suami mahu makan seperti biasa waktu sahur, dan yang lagi tak best tu nak makan lewat pulak!  Tapi, layan saja jugak!

Sebenarnya niat hati nak pergi melawat MAHA 2010 yang di adakan di Serdang tu besok.  Suami malas nak pergi dan suruh saya pergi dengan kawan.  Kalau puasa esok, takut pula lebur puasa tu.  Maklum sajalah, ini puasa sunat dan godaan di pesta berkenaan nanti pastinya amat besar.  Tak akan pula kalau kawan duduk makan tu saya buat derk saja!

Ini bukanlah dilema besar, tapi masih juga dilema.  Apa pun bersahur sajalah dulu.  Kalau tak tertahan godaan, lebur la puasa besok. :)

Isnin, 29 November 2010

BANGUN SAHUR JELAJAH BLOG

Sebenarnya bangun nak makan sahur ini.  Oleh sebab terawal pulak, jadi blogwalking la sekejap.  Dapat juga baca beberapa N3 terbaru.

Sekalian update juga ni.  Kalau nak cerita panjang, nanti lambat pulak bersahur.  Jadi sekadar buat N3 cerita ini saja la nampaknya!  Hehe.

Isnin, 20 September 2010

KEMAS RUANG!

Dah lebih seminggu saya tak mengemas.  Bukan kerana Raya sakan, tapi kerana cerita Raya saya dan keluarga sendiri hanya biasa-biasa saja, tak ada yang terlalu menarik.

Tiga hari tu beraya jugalah.  Tak sempat nak jengah Maya sangat.  Tetapi selepas tu, jalan-jalan saja melihat keadaan di Maya.

Malam ni susah pula nak tidur sebab batuk dah semakin teruk.  Mungkin terlalu banyak makan sate dan kuah kacang agaknya.  Jadi alang-alang, update saja sekali.  :)

Rabu, 28 Julai 2010

IKUT NASIHAT YANG BAIK

Saya bangun untuk bersahur.  Insya Allah, jika tak ada aral, saya akan dapat menyempurnakan sunat tiga hari bersempena bulan dan juga Nisfu Sya'aban tahun ini.

Bukan apa, azam di hati nak mengikut nasihat yang baik yang disarankan.  Semoga tergolong di dalam golongan orang diberkati dan mendapat keredhaan Allah SWT.

Sebenarnya malas nak bangun untuk makan sahur kerana saya seorang saja yang ingin berpuasa.  Bukan apa, rasa malas nak masak.  Tetapi tadi saya makan nasi sedikit saja.  Takut pula nanti esok perut akan rasa pedih pula.  Jadi bangun jugalah, tapi sekadar buat maggi sajalah.  Hehe.

Oleh kerana baru habis makan, bawa duduk lepak sekejap di cik lappy ni.

Ahad, 13 Jun 2010

REKA-BENTUK TERKINI

Ada beberapa reka-bentuk blog baru ditawarkan kepada para blogger.  Saya pun ikut jugalah menukar kosmetik untuk menampilkan sedikit pembaharuan.

Saya lebih menggemari warna-warna yang terang dengan kombinasi putih dan hitam.  Tapi sayadah mencuba beberapa kali, rasa tak puas hati pula.

Akhirnya inilah hasil perubahan yang dibuat.  Keseluruhannya saya rasa penampilan ini memberikan kesan keselesaan.

Ingat nak buat N3 lain tadi, tapi tunda dulu la.  Nak pergi kenduri pula ni.

Sabtu, 8 Mei 2010

TAK SEMPAT PERGI KENDURI

Saya ni tengah geram pun ada juga sebab jangkanya nak pergi menghadiri majlis perkahwinan malam ini.  Oleh kerana suami balik lewat, terpaksa dibatalkan.

Bayangkan la selepas cepat-cepat solat Maghrib dah berdandan, tup tup tak jadi pergi pula.  Suami kata permainan mereka habis lewat.  Jadi dia solat Maghrib di Klub dulu, barulah menghala balik.  Mana sempat sampai.  Dengan keadaan lalu lintas yang sesak di lembuhraya berhampiran rumah kami, dia sampai di rumah pun dah 8.40 malam.

Nak pergi kenduri apa lagi?  Kalau kenduri di rumah, bolehlah juga.  Ini kenduri tu di Dewan besar yang jaraknya pun perlukan masa perjalanan setengah jam.  Suami hanya senyum memohon maaf.  Geram betul!