Memang begitulah lumrahnya dunia ini. Sewaktu berkawan baik, kentut dan tahi pun dikatakan wangi. Sebaliknya bila dah tak sejalan dan ada rasa benci, minyak wangi terbaik pun dikatakan busuk.
Sekarang ni teramat nyata Datuk K S Nalla dan Ezam Mohd Noor tidak sehaluan lagi dengan mantan mentor mereke Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Ternyata mereka mencari-cari sebab untuk mengutuk DSAI secara lantang dan terbuka.
Hilang segala nilai budi bahasa dan adab serta panduan agama dilempar jauh-jauh. Saya amat terperanjat dengan kata-kata Datuk Nalla, “I will not be surprised if Anwar fled from the country one day.” Bertambah hairan juga dengan Ezam yang sekarang mengatakan, "DSAI menyuruh saya melawan Dato' Sri Najib."
Saya pernah mendengar dari mulut Ezam sendiri betapa teruknya dia mengutuk PM sekarang sebelum dia balik kepangkuan UMNO dan Najib. Inilah yang dikatakan, sudah ludah sekarang terjilat-jilat kembali.
Astaghfirullah. Semoga semua orang, terutamanya pemimpin ISLAM Melayu, akan ingat bahawa mati dan kubur itu adalah destinasi yang pasti. Cukup-cukuplah dengan mengutuk, mengeji dan memperlekehkan sesama bangsa dan agama.
Apatah lagi, jangan sesekali memfitnah kerana dosa fitnah itu seakan dosa membunuh. Janganlah juga bermusuhan. Jika bersalah, sebesar mana sekali pun, tegur dan doakan saja yang terbaik.
Apatah lagi, jangan sesekali memfitnah kerana dosa fitnah itu seakan dosa membunuh. Janganlah juga bermusuhan. Jika bersalah, sebesar mana sekali pun, tegur dan doakan saja yang terbaik.
3 ulasan:
Aslmkm.
Semoga Allah SWT membuka hati hamba2Nya utk berkata & melakukan perkara yg baik2, amin.
Salam perkenalan.
Saya orang baru. Harap sudi terima sebagai kawan Maya.
Salam.
Malangnya manusia berubah mengikut arus! Tak tahan menongkah arus lagi!
Catat Ulasan