Saya amat kesal dengan perkembangan sekarang ini. Semakin sehari semakin sering orang Islam di paparkan sebagai pengganas dan tidak ada sifat toleransi.
Mereka yang digambarkan sebagai pejuang Islam ini sudah pun di label sebagai ekstremis. Maknanya orang bukan Islam sudah mengiktiraf bahawa mereka itu bukan mewakili ataupun melambangkan orang Islam yang sebenar.
Masaalahnya kenapa mereka terus menerus mengecam orang Islam secara menyeluruh? Orang-orang Islam sendiri mengecam perbuatan pengganas yang melampau itu. Tidak ada nas dalam Islam bahawa orang Islam mesti membunuh orang dengan cara membunuh diri sendiri kerana berjihad.
Pengganas ekstrem ini sudah jauh terpesong. Mereka seperti sudah termakan hasutan syaitan dan alah dengan nafsu sendiri. Jelas-jelas pendekatan Islam ialah jalan damai. Islam tidak pernah menyeru kepada cara paksaan dan keganasan. Islam menyeru orang Islam mempertahankan diri dan maruah agama Islam, tapi segala tindakan mesti selari dengan hukum Islam.
6 ulasan:
Salam.
Benar tu. Islam menggalakkan jalan damai selagi tidak menyentuh akidah & hukum.
Aslmkm.
Allah Maha Mengetahui.
Biar satu dunia berkata begitu, Allah SWT tahu segalanya.
Salam.
Yang nyata, kebenarannya ialah Islam agama yg menyeru kpd kebaikan ummah.
Salam.
Benar .. tp jika mereka dah set mind mcm tu, nak buat macamana?
Aslmkm.
Lalu je :)
Salam.
Saya pun lalu saja juga la :)
Catat Ulasan