Sabtu, 2 Oktober 2010

BELI ATAU SEWA RUMAH

Anak bujangan kami tengah berbelah bagi samaada nak membeli rumah sekarang ataupun tidak.  Banyak faktor yang harus dipertimbangkan.

"Kalau lebih mahal, mungkin lebih elok sewa saja," katanya kepada bapanya apabila si bapa menasihati si anak membeli rumah.

Saya pun tak tahu mana yang lebih baik sekarang.  Maklum sajalah harga rumah sudah berlipat-lipat ganda sejak 20 tahun dulu.  Rumah yang dahulunya boleh dibeli dengan harga RM200,000 sudah pun menjadi RM600,000 atau lebih.

Diwaktu yang sama gaji hanya naik dalam sekitar 70 - 100 % saja.  Kalau dulu seorang pegawai kelas pertama dibayar antara RM1,000 - RM1,200.  Sekarang seorang pegawai di jawatan yang sama mendapat RM1,800 - RM2,400.

Jika difikir secara logik, mana mungkin seorang pegawai di jawatan ini dapat membeli sebuah rumah yang harganya melebihi RM200,000.  Mahunya bayaran bulanan ansuran rumah sudah mencapai RM1,000 atau lebih setelah dikira bayaran bunga dan sebagainya.

Sekiranya disewa rumah seperti itu, bayaran sewa adalah sekitar RM 500 - RM 600 sebulan bersih.  Tak ada lagi kena bayar kos kerosakan dan sebagainya.

Betul juga kata anak bujangan kami itu.  Jika terlalu banyak ansuran rumah, manakan cukup belanja keperluan lain-lainya.

9 ulasan:

KAKIAH berkata...

Salam Siti.
Memang serba payah sekarang!
Kesian anak-cucu nanti kan?
Sesuatu harus dilakukan segera!

BID berkata...

Aslmkm.
Dua2 pun berat!!! Hukhuhu.

ASAN berkata...

Salam Sitija.
Itulah .. kemajuan yg semakin menghimpit rakyat!

ROHAM berkata...

Salam Sitija.
Dilema hidup anak2 era kini .. perlukan sesuatu segara utk elakkan berterusan! Jangan sampai merempat pula!

Zizaq berkata...

Salam Siti.
Memang dilema. Dua2 juga berat kerana pendapatan jauh lebih rendah dari segi nilainya sekarang!

KERI berkata...

Salam Siti.
Ini adalah masaalah rumit untuk semua yg bukan duduk tidur dalam duit.

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm.
Jika ekonomi berkembang selaras kemajuan, pendapatan harus dapat menampung segala keperluan asas.
Bererti banyak lagi yg harus diperbaiki, supaya perkara sp ini segera diatasi.

CIKDAH berkata...

Aslmkm Siti.
Buatlah yg mana lebih mampu. Tak gitu?

Sanna berkata...

Salam Sitija.
Memang dilema era kini.