Sabtu, 30 Oktober 2010

MADU PAHIT

Memang tajuk klasik.  Tapi nak buat macam mana lagi, memang rasa ini adalah tajuk yang paling tepat sekali.

Kebiasaan madu memang manis.  Madu berkongsi suami saja yang pahit.  Inilah peristiwa yang terjadi tadi yang menguatkan lagi ungkapan ini.

Sewaktu makan kenduri di rumah saudara di sebelah Keramat tadi, tiba-tiba keadaan menjadi kecoh.  Rupanya si isteri tua mengejar suaminya yang datang ke majlis itu bersama-sama dengan isteri mudanya.  Adalah gaya cerita P Ramlee, tetapi ini di majlis orang.

Habis lauk pauk di meja utama untuk 'ala buffet' terbalik.  Ini adalah akibat si suami yang terlanggar hujung meja untuk cuba menjarakkan diri dari isteri tuanya di belakangan meja hidang itu, tetapi kemuadian si isteri tuanya meredah terus saja meja itu.  Semua orang berdekatan terkedu seketika.

Kemudian barulah orang ramai yang turut berada di majlis tu terus 'menangkap' pasangan berkenaan.  Lalu mereka dibawa keluar ke hujung jalan di situ.  Isteri muda pun terus diseret keluar sekali.  Mereka dibiarkan untuk menyelesaikan masaalah mereka sendiri.

Tetapi kasihan tuan rumah/tuan kenduri.  Lauk-pauk habis terbalik atau bercampur aduk semuanya.  Tambahan pula periuk lauk tambah semuanya berada berdekatan meja itu dan ketika kejadian hampir semuanya sedang dibuka untuk ditambah ke meja.

Madu itu bukan saja pahit kepada pasangan yang terlibat.  Tetapi di dalam kes ini turut membawa kesusahan kepada orang lain.

8 ulasan:

DDrfauziah berkata...

Aslmkm.
Aduhhh!!!
Memang mudah untuk kita memberi nasihat, mereka yg menanggung tentu merasa amat berat.
Namun, sebagai Muslim, kita mesti menghormati majlis orang & maruah diri serta keluarga juga harus dijaga.
Sama2lah kita ambil iktibar.

BID berkata...

Aslmkm.
Wah! Kecuh besar tu! Mengalahkan cerita Madu 3 P Ramlee.
Naper la dah tua2 pun tak menggunakan akal, tetap ikut nafsu juga! Memalukan!

RAISA berkata...

Salam Siti.
Begitu pulak jadinya!
Kasihan tuan rumah!

ROHA berkata...

Salam.
Ya Allah .. kenapa sampai jadi haru begitu?
Betul la hanya fikirkan diri saja!

KERI berkata...

Salam ziarah.
Kesian tuan rumah yg menjadi mangsa masaalah orang lain!

Abhamz berkata...

salam, klu nak kawin lebih buat le cara betul..

RAM berkata...

Salam Siti.
Sungguh memalukan!

PinkCactus berkata...

salam siti...tepuk dada tanyer selera.. I was here to be yr follower. Would u be mine..?;)