Saya hanya ingin turut bicara tentang apa yang sebenar tersirat di sebalik apa yang berlaku dan tersurat dalam pilihanraya kecil (PRK) Galas dan Batu Sapi. Elok juga kita ambil tahu serba sedikit tentang suasana semasa.
Pemimpin BN memang berbangga dan teruja dengan kemenangan di PRK Galas dan Batu Sapi itu. tetapi kalangan rakyat yang lebih terbuka dan bersifat tidak berpihak melihatnya sebagai seusatu yang sudah dijangka.
Sama ada ianya berlaku kerana sogokan atau keterpaksaan, realitinya isu penduduk setempat memainkan peranan besar. Pertamanya kedua-dua tempat pada asal dan asasnya adalah kubu kuat BN. Selain dari itu majoriti rakyat setempat tidak dapat melihat kemampuan parti alternatif untuk melakukan anjakan yang ketara dan berbeza.
Secara rasional, PAS sedar mereka bertanding di kawasan yang secara tradisinya adalah milik BN. Kemenangan pada pilihanraya umum pada 2008 adalah majoriti yang agak tipis. Di samping itu berlakunya konflik pimpinan setempat serta isu penindasan atasan yang tidak ditangani secara bijaksana oleh pimpinan PAS khususnya. Faktor-faktor ini membuatkan PAS akur bahawa mereka hanya boleh mengharap untuk dapat mengekalkan pola sokongan pengundi sepertimana 2008.
Keputusan menunjukkan undi Cina dan Orang Asli sudah lebih berpihak kepada BN. Begitu juga pengundi ahli-ahli UMNO yang memprotes semasa 2008 dulu sudah ada yang kembali. Di samping itu calon PAS juga tidak mempunayi kelebihan mengikut penilaian majoriti pengundi. Yang paling utama mereka juga berdepan dengan seluruh jentera Kerajaan Persekutuan.
Di PRK Batu Sapi pula ternyata majoriti rakyat adalah mereka amat dhaif dan memerlukan anjakan ekonomi yang ketara. Majoriti tidak yakin untuk meletakkan kepercayaan kepada barisan alternatif. Pada pemikiran mereka yang mudah, sekurang-kurang BN ada sokongan jentera Kerajaan Persekutuan.
Faktor Datuk Yong Teck Lee juga lebih membuatkan majoriti semakin curiga dengan keikhlasan mereka selain BN. Beliau dilihat sebagai orang lebih mementingkan diri. Sementara itu calon PKR juga kurang meyakinkan mereka di kawasan yang lebih dhaif ini. Di kawasan seperti ini, keperluan asas mengatasi segala apa yang lain.
7 ulasan:
Salam Siti.
Banyak lagi yang tersirat! Hehe.
Salam ziarah.
Aduh! Kekadang jika mengerti & tahu yang tersirat timbul pula rasa menyampah!
Aslmkm.
Kekadang lebih baik membatu saja!
Salam Siti.
Untuk memahami yang tersurat pun sukar. Inikan pula yang tersirat.
Masa akan membuktikan!
Salam.
Malas nak cari yg tersirat! Yg tersurat pun malas baca!
Aslmkm.
Jika kita mahu membaca tersirat, takut kita ikut rasa sekarat pula!
Salam Kak Siti.
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Catat Ulasan