Sabtu, 9 Oktober 2010

SAMPAI RAYA HAJI

Hari ini sudah pun masuk 1 Zulkaedah.  Tapi masih ada orang yang buat rumah terbuka sempena sambuatan Hari Raya Aidilfitri.

Ada yang membuatnya berserta dengan majlis doa selamat kerana kelahiran cucu baru.  Yang lainnya turut mengadakan sempena hari pertunangan dan juga akad nikah.  Malah yang buat majlis kenduri kahwin juga.

Saya dan keluarga telah mendapat undangan sampai ke awal bulan depan.  Nampaknya suasana ini akan berterusan sampai ke Hari Raya Haji.

Makin besarlah budget untuk dihulurkan untuk semua upacara ini!

7 ulasan:

ASAN berkata...

Salam Sitija.
Nampaknya begitu la!

RAISA berkata...

Salam Siti.
Ya ya!
Orang Melayu memang suka pasal Raya2 ni! Hehe.

KERI berkata...

Salam Siti.
Ya la. Nampaknya macam tu!

Aida Ali berkata...

Selamat beraya sakan lagi

BID berkata...

Aslmkm.
Depavali pun ada kenduri.
Raya India pun raya juga!

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm.
Biarlah suasana sentiasa ceria gembira. Asal masih berpegang kepada hukum agama. Ya kan?

ROHA berkata...

Salam Siti.
Raya sakan, budget lari.
Asyik makan, bahayakan diri!