Tempuhari anak saya bawa balik beras Bario pemberian kawannya, seorang orang asli Sarawak dari suku Orang Ulu di Bario. Beras ini rupanya amat sedap di makan. Baunya harum dan berasnya lembut.
Kata mereka yang pernah tinggal di Sarawak, beras ini adalah seperti beras huma. Ia hanya terdapat di kawasan tanah tinggi Bario di perdalaman Sarawak. Mengikut kata mereka memang susah nak mendapat beras ini. Tetapi sekarang beras ini sudah ada dijual di hypermarket.
Semalam saya pergi ke Tesco dan mencari beras ini. Benar memang ada di jual di sana. Tetapi memang benar juga, harganya teramat mahal. Sepeket kecil berisi 1 kilo sudah belasan Ringgit. Mengalahkan harga beras-beras lain termasuk beras Basmati yang juga mahal.
Nampaknya beras Bario memang tak boleh dibuat makanan hari-hari. Ia lebih merupakan bahan makanan mewah.
8 ulasan:
Aslmkm.
:) Mahal tu sbb beras di tanam di kawasan tinggi & hasilnya terhad ... naik k/terbang lagi utk dibawa keluar.
Gitu ler ceriternya!
Salam ziarah.
Susah2 tak payah ler ehh!
Aslmkm.
Mak ai! Mahal rupa gitu?
Tak payah makanlah .. banyak beras lain lagi!
Salam Siti.
Ya la! Kan susah bawa keluar dari perdalaman & bekalannya terhad.
Salam Sitija.
Aduh! Saya biasa makan semasa duduk sarawak dulu. Memang sedap, tapi susah dapat. Tak makan pun tak apa! :)
Salam Sitija.
Ya betul tu.
Mahal2 & susah2 tak payah!
Salam Sitija.
Alahai! Orang Sarawak sendiri pun ada yg tak pernah makan beras bario!
Salam Siti.
Kalau orang sarawak tak kisah nak makan .. kita lebih baik makan apa yg mudah & berharga munasabah saja la!
Catat Ulasan