Kekejaman regim zionis akhirnya terserlah ke seluruh dunia. Segala tipu helah dan keangkuhan Israel dalam menindas Palestin tidak dapat diterima lagi.
Serangan komando yang tidak berperi kemanusiaan ke atas kapal Mavi Marmara yang mengepalai misi damai bantuan ke Gaza itu tidak boleh diterima. Jelas mereka besar kepala melakukakn kekejaman di dalam kawasan yang bukan kawasan sempadan milik mereka. Mangsa adalah rombongan awam yang dalam misi kemanusiaan sejagat.
Jelas regim zionis ini sudah merasa bahang tekanan dari seluruh dunia kerana 'footage' kekejaman mereka telah berjaya tersebar dengan meluas. Segala gambar itu menceritakan segala perlakuan mereka. Bukti-bukti itu sudah cukup kuat dan mereka tidak akan mampu untuk berdolak-dalek dan mempertahankan segala perbuatan kejam mereka.
Reaksi mereka jelas menunjukkan mereka merasa bahang itu. Perdana Menterinya telah memendekkan lawatannya ke Amerika dan Kanada dan segera pulang untuk menangani isu yang panas ini. Tahanan dari negara-negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka sudah pun dibebaskan dan dibawa keluar melalui Jordan.
Kiranya apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri. Semoga dunia akan terus memberi tekanan yang kuat kepada regim zionis Israel supaya mereka memberhentikan segala kekejaman.
3 ulasan:
Aslmkm.
Memang panas membahang!
Aslmkm.
Lalu saja le. :)
Salam.
Semoga Gaza segera mendapat rahmat.
Catat Ulasan