Ahad, 2 Mei 2010

SIREH PENAWAR

Saya dah baca paparan rakan blogger tentang khasiat sireh.  Tapi hari ini saya melihat sendiri bagaimana seorang kanak yang berdarah hidungnya, telah dirawat dengan sireh ini.

Kita orang sedang menyediakan makanan untuk high-tea bersama saudara-saudara terdekat dan juga jiran terdekat.  Tiba salah seorang anak jiran terjatuh semasa kanak-kanak sesama mereka main kejar-kejar.

Bapa kanak-kanak berkenaan segera bergegas ke rumah jiran yang duduk agak jauh sedikit untuk mengambil daun sireh.  Saya perhatikan bapanya mengambil tiga helai sireh dan digulung serta diuparkan perlahan ditangan.  Kemudian daun sireh itu dimasukkan ke dalam hidung dan ditekap sekejap.

Darah yang tadi turun meleleh-leleh terus berhenti beberapa ketika selepas itu. Rasa macam satu keajaiban pula.

Kata bapa kanak-kanak berkenaan anaknya memang sering juga mengalami hidung berdarah jika cuaca terlalu panas.  Beliau telah dinasihatkan berbuat begitu.  Mengikut kata yang tahu tadi, sireh ini memang mempunyai khasiat kimia yang dapat mematikan kuman dan menghentikan pendarahan seperti itu.

3 ulasan:

RAISA berkata...

Salam.
Ini petua orang tua!

ASAN berkata...

Salam.
Aritu kalau tak silap, blogger ddrfauziah aka Kak G ada tulis pasal kebaikan sireh! Ini kira pengalaman praktikal la.

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm.
Hmmm ... lalu sambil ninjau. :)