Memaparkan catatan dengan label Amal Ibadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amal Ibadah. Papar semua catatan

Ahad, 31 Julai 2011

RAMADHAN AL MUBARAK TIBA LAGI

Insya Allah, bulan Ramadhan yang mulia akan berlabuh lagi selepas Maghrib malam ini.  Umat Islam yang beriman diseluruh dunia akan berebut-rebut untuk mengisikannya dengan amalan yang berganda kerana mendambakan ganjaran pahala yang berganda.

Sama-samalah kita berdoa semoga kita dipanjangkan umur, diberkati dengan kesihatan dan kekuatan yang baik untuk melakukan sebanyak yang terdaya.  Semoga semuanya sempurna dan baik.  Amin.

Ahad, 3 Julai 2011

SYAABAN YANG MULIA

Syaaban bulan Nabi saw.  Banyak ganjaran pahala menanti.  Begitulah ikut ajaran Nabi.

Walaupun ganjarannya tak sebaik Ramadhan di mana kita diwajipkan berpuasa, pahalanya besar juga.

Jadi eloklah kita mula tambahkan amalan dari sekarang.  Nanti Ramadhan lebih mudah.  Insya Allah.

Rabu, 18 Ogos 2010

ZIKRULLAH DAN SELAWAT

Di bulan Ramadhan Al Mubarak ini kita disarankan untuk melakukan amalan-amalan sunat.  Antara amalan sunat yang disyorkan ialah seperti solat Terawih dan zikrullah.

Fadilat terawih memang besar kerana dijanjikan ganjaran pahala dan balasan Syurga.  Walaupun banyak pendapat tentang ganjaran mengikut amalan terawih setiap hari, tetapi yang jelas ialah semuanya menjanjikan ganjaran terbaik.

Begitu juga dengan zikrullah.  Kita disyorkan berzikir sebanyak yang boleh.  Antara zikrullah yang mudah untuk diamalkan ialah ucapan syahadah, dan bertasbih seperti berikut.

لا إله إلا الله محمد رسول الله
La Ilaha Ilallah Muhammadur Rasulullah

سبحان الله
Subha Nallah

Kemudian moleklah untuk dihiasi dengan selawat Nabi.  Selawat Nabi ada yang pendek dan ada yang panjang.  Sekurang-kurangnya selawat seperti berikut.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahum Ma Saliala Muhammad Wa Ala Ali Muhammad

Semoga amalan kita mendapat keredhaan Allah SWT. Amin.

Rabu, 11 Ogos 2010

RAMADHAN AL MUBARAK SUDAH TIBA

Bulan mulia bulan Ramadhan sudah pun berlabuh sejak selepas Maghrib semalam.  Bulan mulia juga dikenali sebagai bulan puasa.  Dalam ayat 183 dalam Surah Al Baqarah, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa."
Alhamdulillah kita dapat bersama-sama di bulan Ramadhan tahun ini. Semoga kita dikurniakan umur yang panjang, kekuatan dan rahmat untuk mengerjakan segala ibadah wajip dan sunat dengan sempurna dan baik. Amin.