Sabtu, 31 Julai 2010

MADU DAN TELUR

Kebanyakan orang tahu bahawa madu mempunyai banyak khasiat dan baik untuk kesihatan.  Nabi SAW pun meggalakkan kita untuk makan madu. 

Orang-orang kampung lebih suka mencari madu asli sendiri.  Madu ini didapati dari sarang lebah di pohon kayu.  Biasanya mereka mencari hingga ke dalam hutan.

Bagi orang bandar pula memang membelinya di kedai atau di pasaraya.  Madu ini sudah diproses dan bahan madu asli adalah di tahap minima.

Mengikut petua, jika nak tahu madu itu memang sepenuhnya asli atau tidak, kita boleh mengujinya dengan telur.  Telur boleh masak dengan sedikit madu asli.

Ada juga petua kecantikan menggunakan sedikit madu dan telur putih.  Jika diamalkan sejak muda, muka akan bebas dari jerawat dan jeragat.  Bagi yang baru nak mengamalkan, ia akan dapat menghindarkan jerawat dan jeragat baru dan menipiskan kesan-kesan lama.

Kalau tak percaya, silakan mencuba.

Rabu, 28 Julai 2010

IKUT NASIHAT YANG BAIK

Saya bangun untuk bersahur.  Insya Allah, jika tak ada aral, saya akan dapat menyempurnakan sunat tiga hari bersempena bulan dan juga Nisfu Sya'aban tahun ini.

Bukan apa, azam di hati nak mengikut nasihat yang baik yang disarankan.  Semoga tergolong di dalam golongan orang diberkati dan mendapat keredhaan Allah SWT.

Sebenarnya malas nak bangun untuk makan sahur kerana saya seorang saja yang ingin berpuasa.  Bukan apa, rasa malas nak masak.  Tetapi tadi saya makan nasi sedikit saja.  Takut pula nanti esok perut akan rasa pedih pula.  Jadi bangun jugalah, tapi sekadar buat maggi sajalah.  Hehe.

Oleh kerana baru habis makan, bawa duduk lepak sekejap di cik lappy ni.

Sabtu, 24 Julai 2010

JUST FANCY THAT

Who would have thought the innocent looking toilet paper roll could turn into fatal bullets.  But that was what happened when a man was charged with shooting his wife with toilet paper.

A man who is almost 20 years younger than his 55-year old wife shot her with a wad of toilet paper that he stuffed into gun.  He is now facing a felony charge - assault with a deadly weapon.

This is really a 'deadly' lesson to learn: We should never underestimate the full, destructive power of everyday toiletries.

Rabu, 21 Julai 2010

KETUM UBAT BERACUN

Hari ini dah tersibar cerita pasal hal ketum lagi.  Diberitakan seorang lelaki warga emas layak digelar ‘hartawan ketum’ kerana kehidupan mewahnya kerana jasa ketum.  Walaupun pernah empat kali ditahan kerana mengedar dan memproses air ketum di Kampung Tandop Kedabu, Kedah.  Dia meneruskan juga usaha ketumnya sejak lima tahun lalu.

Di Malaysia, jelasnya ketum itu di haramkan dan pengusahaan ketum menyalahi undang.  Mungkin ini mengelirukan orang kampung.

Sejak dari beberapa keturunan, ketum dianggap sebagai salah satu ubat tradisional.    Biasanya ia telah diminum sebagai pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Ia juga didiminum bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.

Walaupun begitu, ketum juga dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin.   Jika diminum secara berlebihan dan disalahgunakan secara melampau, ketum mempunyai beberapa kesan yang amat buruk.  Antaranya ialah susut berat badan, insomnia, anoreksia, sembelit atau kesukaran membuang air besar, kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi.

Mungkin kerana itulah kerajaan mengambil keputusan untuk mengharamkan pengusahaan dan penggunaan ketum ini.  Tetapi rasanya, jika diberi pelajaran tentu orang ramai dapat memahami.

Ahad, 18 Julai 2010

KASIH SAYANG YANG UNIK

Cerita perkahwinan dan kasih sayang sepasang suami isteri ini sudah gah satu Malaysia.  Dulu ikatan perkahwinan mereka sering diperkatakan.  Malah Astro pun membuat liputan dalam salah satu programnya.

Kemudian tak semena-mena, si suami terjebak penagihan dadah.  Kini setelah menjalani program di Pusat Pemulihan Narkotik selama 12 bulan, dia kembali ke pangkuan isterinya.

Tok Wook & Mohd Noor

Pasangan Tok Wook Kundor yang telah berusia 108 dan suaminya, Mohd. Noor Che Musa yang hampir 70 tahun lebih mudanya adalah satu ikatan yang unik.  Pada saya ia lebih merupakan sebagai satu ikatan di mana mereka saling memerlukan.  Nenek yang sudah lanjut usianya perlukan kehadiran seorang teman sementara Mohd Noor perlukan seseorang yang menghargai diri dan kehadirannya.

Jumaat, 9 Julai 2010

BLOG MENULIS DAN BERCERITA

Malam ini rasa susah pula nak tidur.  Mungkin tadi termakan terlalu banyak daging rendang.  Cuaca hari ini pula panas.  Jadi badan rasa panas sangat.  Alang-alang layan blogging la.

Sekarang saya rasa dapat fahami kenapa sesetengah bloggers mempunyai ramai pengikut yang aktif.  Blog itu sendiri sudah maksudnya untuk menulis dan bercerita.  Yang lebih nyata, benarlah blog itu sendiri mesti ada tarikannya.

Rupa tarikan itu kelihatan berbeza.  Ada yang suka tulis merapu entah apa-apa.  Tak kurang yang menulis cerita harian sendiri, ada yang tulis cerita rekaan, dan ada yang ceduk ciplak tulisan orang lain.  Hanya segelintir saja yang benar-benar berkongsi ilmu, pengalaman dan pandangan.

Saya mungkin belum lagi menjelajah semua bloggers.  Mungkin juga tidak terlaksana untuk melakukannya.  Salah saya juga kerana jarang sekali buat blogwalking dan masa saya berblogging saya juga amat terhad sekali.

Tapi saya selalu juga mengunjungi beberapa blog, terutamanya mereka yang sama-sama sering mengunjungi blog yang saya suka dan selalu ikuti.  Semoga lama-lama nanti, saya berjaya mempunyai lebih ramai rakan bloggers juga.

Selasa, 6 Julai 2010

KEMALANGAN NGERI

Ngeri betul kemalangan yang melibatakan kematian seorang lelaki di Lebuhraya Plus Utara-Selatan dekat Sungei Buloh.  Diberitakan otak mangsa berkecai dan bertaburan.

Di dalam kejadian itu, kereta mangsa melanggar besi penghadang lebuhraya lalu terhumban jatuh menjunam ke bawah dengan ketinggian yang amat tinggi.  Lihat saja bangkai kereta seperti di dalam gambar di bawah.

Lokasi Kemalangan 

Sungguh tinggi nampaknya tempat jatuh ini.   Kereta mangsa habis remuk, badan mangsa juga tentunya kalau otaknya sudah bersepai.

Kalau ikut dari model keretanya dari jenis Citreon yang bagus dan usia mangsa yang semuda 27 tahun, tentunya dia dari keluarga orang berada atau elit, atau sekurang-kurangnya seseorang yang mempunyai pendapatan yang lumayan.  Tapi ajal menjemputnya awal di usia muda.

Khamis, 1 Julai 2010

KEADILAN TUNTUTAN AGAMA

YM Tengku Razaleigh

Saya turut gembira mendengar perkabaran ini.  Sekurang-kurangnya ada juga ahli UMNO yang lebih jujur dan mementingkan keadilan dan kebajikan rakyat jelata.

Jika ingin mengetahui berita sepenuhnya silakan terus membaca.