Baru beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan berita Din Beramboi, atau Mior Ahmad Fuad bin Mior Badri, sedang koma di Hospital Selayang. Mulanya diberitakan beliau terkena virus kencing tikus. Kemudian diberitakan bahawa beliau sudah demam sejak Rabu minggu lepas. Beliau semakin kritikal sehingga tidak boleh bangun tetapi disebabkan tidak suka berjumpa doktor, beliau hanya mendapatkan khidmat urut membuang angin, pada Ahad lalu.
Bila keadaannya sudah semakin teruk barulah pada hari Isninnya beliau pergi untuk mendapatkan rawatan di klinik berhampiran dengan rumahnya. Keadaannya sudah begitu kritikal dan beliau dirujukkan ke Hospital Selayang.
Mengikut sumber berita, Pengarah Hospital berkenaan mengatakan bahawa pesakit telah dibawa ke Jabatan Kecemasan pada jam 3.27 petang Isnin dan dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi/'ICU' kerana mengidap 'Dengue Shock Syndrome.' Pengarah berkenaan juga mengesahkan bahawa beliau mengalami perdarahan dalaman dengan komplikasi kegagalan beberapa organ utama dan keadaannya sangat tenat serta kritikal.
Baru sebentar tadi rakan seperjuangannya selebriti Afdlin Shauki telah sibarkan berita di Facebook. Beritanya ialah bahawa beliau sudah meninggal sebentar tadi pada jam 12.30 malam.

Begitulah ketentuan Illahi. Bila dijemput pulang, jasad akan terbujur kaku. Tiada apa yang dapat dilakukan lagi oleh diri atau sesiapa pun. Hanya amalan, amal jariah dan anak soleh yang mampu terus membantu di alam Barzarkh dan di akhirat nanti.
Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan mencucuri rahmat ke atas rohnya. Kepada keluarganya, semoga tabah menghadapi dugaan dan meredhai pemergiannya.
3 ulasan:
Salam.
Sama2lah kita doakan.
Aslmkm.
Ya sama2 kitalah berdoa.
Aslmkm.
Al Fatihah. Semoga rohnay dicucuri rahmat.
Catat Ulasan