Khamis, 3 Mac 2011

PERGI BELANJA & MAKAN

Petang tadi saya ikut sepupu pergi belanja di pasar malam.  Ternampak sebuah kedai makan baru tak jauh dari situ.  Sepupu terus parkir kereta dan kami singgah untuk meninjau.

Ada beberapa pilihan makan petang yang agak menarik.  Selain dari aneka jenis mee/mee hoon/kueteow, ada juga aneka jenis bubur dan kueh-mueh.

Saya tertarik kepada roti surai dengan tiga jenis kari iaitu kari daging, ayam dan udang.  Kami pesan roti surai dengan kari ayam kerana kami lebih suka makan ayam.

Satu Set

Satu set pesanan terdiri dari empat keping soti surai dan semangkuk kari ayam.  Harganya boleh tahan juga iaitu RM 4.00.  Rasanya sedap juga, cuma roti surainya agak nipis.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm.
Kira2 harga bandar/bandaraya la tu! :)

CIKDAH berkata...

Aslmkm.
Mahal tu .. macam dua kali ganda!

RAM berkata...

Salam Siti.
Banyak lauknya .. kari ayam kentang tu semangkuk juga.

ASAN berkata...

Salam Siti.
Harga patut! Hehe.

Sanna berkata...

Salam Siti.
Nampak menyelerakan.

KAKIAH berkata...

Salam Siti.
Sesekali tukar selera makan di restoran la! Hehe.

BID berkata...

Aslmkm.
Kalau belanja luar memang la lebih harganya!

KERI berkata...

Salam Siti.
Bole sangat la.

Nori berkata...

Salam Siti.
Di pasar malam yg beri sedikit kuah kentang & 4 keping roti pun dah RM2.

RAISA berkata...

Salam Siti.
Kira boleh la!

ROHA berkata...

Salam Kak Siti.
Kalau nak banyak & lebih murah, kena korbankan tenaga la kan?