Selasa, 22 Mac 2011

JEJARI KENTANG PENYEK

Sebenarnya saya tak tahu apa ke nama makanan ini dalam Bahasa Malaysia.  Tapi kami sekeluarga memang amat suka dengannya.  Ia kira satu versi 'hash brown'  kot!

Mula kami makan ialah semasa bercuti ke Singapura dua tahun lepas.  Ada kawan suami bawa ke rumah mereka.  Antara makanan yang disajikan ialah makanan ini.

Nak tanya banyak dan minta resipi dari tuan rumah segan pula.  Jadi sekadar cuba-cuba pancing semasa duduk borak-borak.  Tapi tuan rumah pun tak beri resipinya juga.  Beliau hanya beritahu ia kentang penyek goreng.

Jadi selepas itu cuba-cuba sendiri saja.  Walaupun tidak begitu tepat, tapi kira menjadilah.  Janji sedap!  Beginilah rupanya.


Bahan-bahan yang digunakan ialah kentang, sedikit tepung jagung, lada sulah dan garam.  Setelah beberapa kali buat, saya betulkan ikut citarasa sendiri.

8 ulasan:

BID berkata...

Aslmkm.
Bid pergi rumah Mama, tiap2 hari makan goreng kentang masak ni!

KAKIAH berkata...

Salam Siti.
La! Penyek=lenyek halus ke?

Nori berkata...

Salam Siti.
Hash browns ni bertambah sedap bila agak garing & rangup kan?

CIKDAH berkata...

Aslmkm.
Nampak menawan!
Nak try2 juga la! Hehe.

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm.
Hmmm ... memang sedap!

KAKIAH berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
SITIJA berkata...

Salam kepada semua.
Terima kasih banyak ya.
Saya sudah berkunjung balas semuanya.

RAISA berkata...

Salam Siti.
Hash brown la ni ya!