Isnin, 21 Februari 2011

SNEK PERIA GORENG

Akhirnya hari ini barulah terbuat snek goreng peria.  Ada kawan menamakannya kerupuk peria.  Apa pun, makanannya sama.

Ada orang membuatnya untuk dimakan sebagai sayuran bersama nasi.  Tetapi peria goreng ini juga memang sedap dimakan begitu saja sebagai snek atau pun sebagai hidangan makan petang. 

Snek Peria Goreng

Pertama sekali makanan ini saya makan ialah semasa di majlis makan di rumah seorang teman rapat tidak berapa lama dulu.  Rasanya sedap seperti snek tepung gunting.

Resipi snek ini sebenarnya adalah pemberian Datin Dr Fauziah yang saya jumpa pertama kalinya di majlis yang sama.  Tapi resipinya saya minta semasa berjumpa kembali dengan beliau di satu majlis lain baru-baru ini.

Saya tersalah caranya sedikit menyebabkannya jadi berketul dan melekat di antara sama lain.  Datin sudah pesan supaya jangan digoreng sekaligus.  Tangan ni pun tak pandai pula nak menceraikan yang melekat.  Walaubagaimanapun, rasanya lumayan sedap.

11 ulasan:

BID berkata...

Aslmkm.
Nampak macam goreng pisang awak! Hehe.
Mana resipinya? Tak baik simpan sorang2 tau!

KAKIAH berkata...

Salam Siti.
Nampak sedap!

Nori berkata...

Salam Siti.
Resipi Datin ya? Cayalah!

RAISA berkata...

Salam Siti.
Tahu memang sedap kudap2an.

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm.
:) Alhamdulillah.
Insya Allah, nanti lain kali akan jadi lebih cantik!

CIKDAH berkata...

Aslmkm.
Hmmm .. resipi Kak G?
Mana resipinyer? Kongsi la!

ASAN berkata...

Salam Siti.
Resipi kak G?
Yakin sedap! Tapi mana resipinya?

KERI berkata...

Salam Siti.
Echo Asan! Hehe.

ROHA berkata...

Salam Siti.
Boleh saja!

Sanna berkata...

Salam Siti.
Resipi Masakan beliau memang sedap!

RAM berkata...

Salam Sitija.
Kalau kena rasanya pasti sedap.
Jika rupa pun cantik lagi la bonus! Kan?