Sabtu, 12 Mac 2011

LEDAKAN BENCANA ALAM

Tiba-tiba dunia dikejutkan dengan tsunami di Jepun pula.  Tsunami dilaporkan melanda berdekatan Bandar Natori di Utara Jepun.  Aduh, sungguh menyeramkan.  Banyak nyawa juga sudah terkorban.

Ledakan Bumi
Sumber: Media on-line

Tempias tsunami ini malah sudah terasa sampai ke persisiran Amerika.  Mengikut berita, ribuan penduduk di pantai Pacific Amerika Utara dan Selatan lari meninggalkan rumah mereka.

Walaubagaimanapun, kekuatan gelombang besar air yang merentasi Lautan Pacific menurun.  Jadi hanya berlaku ombak besar dan banjir di sana sini.

Namun begitu, satu dunia mengambil langkah berjaga-jaga.  Sampai ke tanahair kita pun ada amaran supaya berjaga-jaga terutamanya di kawasan Labuan dan Sabah.

Jabatan Khidmat Kajicuaca Malaysia cawangan Sabah menegaskan bahawa laut akan bergelora dari tahap biasa tetapi tidak merbahayakan.  Orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi kawasan pantai.  Namun begitu, ramai penduduk di kawasan berdekatan ambil langkah untuk lebih prihatin dan berjaga-jaga.

10 ulasan:

BID berkata...

Aslmkm.
Serammm, menakutkan!
Moga2 tidak tempias hingga ke sini. Moga dipelihara Allah. AMIN.

Nori berkata...

Salam Siti.
Satu petunjuk dari Tuhan!
Seram!
Kita mesti doakan supaya dilindungi.

Tanpa Nama berkata...

Almkm.
Takziah kepada keluarga mangsa. Simpati kepada rakyat di sana.
Terkesan! Tetap sempadan untuk kita.

RAISA berkata...

Salam Siti.
Sungguh menyeramkan!

ROHA berkata...

Salam Siti.
Itu bukti kebesaran kuasa Tuhan!

ASAN berkata...

Salam Siti.
Bencana alam ada maknanya tersendiri.
Kita ikut simpati, tetapi tetap bimbang & lebih berhati-hati.

Sanna berkata...

Salam Siti.
Memang menyeramkan! Ribu2 mati, banyak harta habis musnah!

KAKIAH berkata...

Salam Siti.
Ada pengajarannya!

SITIJA berkata...

Salam semua.
Terima kasih di atas kunjungan & komen.
Alhamdulillah, saya dah membalas semua kunjungan.

RAM berkata...

Salam Siti.
Kita ambil iktibar la ya.