Tiba-tiba dunia dikejutkan dengan tsunami di Jepun pula. Tsunami dilaporkan melanda berdekatan Bandar Natori di Utara Jepun. Aduh, sungguh menyeramkan. Banyak nyawa juga sudah terkorban.
Ledakan Bumi
Sumber: Media on-line
Tempias tsunami ini malah sudah terasa sampai ke persisiran Amerika. Mengikut berita, ribuan penduduk di pantai Pacific Amerika Utara dan Selatan lari meninggalkan rumah mereka.
Walaubagaimanapun, kekuatan gelombang besar air yang merentasi Lautan Pacific menurun. Jadi hanya berlaku ombak besar dan banjir di sana sini.
Namun begitu, satu dunia mengambil langkah berjaga-jaga. Sampai ke tanahair kita pun ada amaran supaya berjaga-jaga terutamanya di kawasan Labuan dan Sabah.
Jabatan Khidmat Kajicuaca Malaysia cawangan Sabah menegaskan bahawa laut akan bergelora dari tahap biasa tetapi tidak merbahayakan. Orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi kawasan pantai. Namun begitu, ramai penduduk di kawasan berdekatan ambil langkah untuk lebih prihatin dan berjaga-jaga.