Sabtu, 25 Disember 2010

SELAMAT HARI NATAL

Sempena Hari Natal tahun ini, saya juga ingin turut mengucapkan selamat kepada semua kawan dan rakan yang beragama Christian.
SELAMAT
HARI CHRISTMAS

Mungkin ramai warga Malaysia juga turut meramaikan.

Isnin, 13 Disember 2010

KHASIAT SIRIH

Sejak cuti sekolah majlis kenduri kahwin berlambak-lambak.  Bila melihat banyak hantaran kahwin, saya teringat nak bicara pasal sirih.

Walaupun sirih agak senang ditanam, tak ramai orang menanamnya.  Saya salah seorang yang saja-saja tanam untuk sesekali guna untuk mandi.


Sejak meningkat remaja dulu, mak selalu suruh gosok badan dengan daun sirih dan sesekali mandi dengan air rebusan sirih.  Tujuannya ialah untuk menghilangkan bau badan, matikan kuman serta elakkan jerawat dan kulat.

Setelah dewasa/meningkat usia, baru saya membaca tentang khasiat sirih dengan lebih lanjut. Baru tahu rupanya banyak lagi kegunaannya.

Antara yang menarik perhatian saya ialah sirih dapat  membantu untuk hilangkan bau tidak enak di bahagian sulit dan juga mencegah keputihan.  Caranya pun mudah iaitu dengan membasuh alat sulit dengan air rebusan sirih selepas membuang air kecil.

Selasa, 7 Disember 2010

1432H

Hari ini bermulalah tahun baru 1432H.  Satu haribulan Muharam adalah hari tahun baru kalendar Islam kita.  Sempena hari ini saya mengucapkan selamat untuk semua.

SELAMAT
TAHUN BARU 1432H

Semoga tahun ini kita diberkati dengan segala nikmat yang lebih baik dari sebelumnya.  Semoga kita semua sentiasa sihat, ceria dan bahagia.


Khamis, 2 Disember 2010

ANTARA PUASA & MAHA

N3 sambil menunggu sahur lagi ni nampaknya.  Malas juga nak tulis.  Tapi dari duduk melopong saja, baik cerita jugak.

Suami saya teruja dengan puasa sunat hari Isnin dan Khamis yang beliau baru cuba amalkan sejak sebulan yang lalu.  Seronok juga ada teman berpuasa sunat.  Yang tak berapa best tu suami mahu makan seperti biasa waktu sahur, dan yang lagi tak best tu nak makan lewat pulak!  Tapi, layan saja jugak!

Sebenarnya niat hati nak pergi melawat MAHA 2010 yang di adakan di Serdang tu besok.  Suami malas nak pergi dan suruh saya pergi dengan kawan.  Kalau puasa esok, takut pula lebur puasa tu.  Maklum sajalah, ini puasa sunat dan godaan di pesta berkenaan nanti pastinya amat besar.  Tak akan pula kalau kawan duduk makan tu saya buat derk saja!

Ini bukanlah dilema besar, tapi masih juga dilema.  Apa pun bersahur sajalah dulu.  Kalau tak tertahan godaan, lebur la puasa besok. :)