Isnin, 13 Disember 2010

KHASIAT SIRIH

Sejak cuti sekolah majlis kenduri kahwin berlambak-lambak.  Bila melihat banyak hantaran kahwin, saya teringat nak bicara pasal sirih.

Walaupun sirih agak senang ditanam, tak ramai orang menanamnya.  Saya salah seorang yang saja-saja tanam untuk sesekali guna untuk mandi.


Sejak meningkat remaja dulu, mak selalu suruh gosok badan dengan daun sirih dan sesekali mandi dengan air rebusan sirih.  Tujuannya ialah untuk menghilangkan bau badan, matikan kuman serta elakkan jerawat dan kulat.

Setelah dewasa/meningkat usia, baru saya membaca tentang khasiat sirih dengan lebih lanjut. Baru tahu rupanya banyak lagi kegunaannya.

Antara yang menarik perhatian saya ialah sirih dapat  membantu untuk hilangkan bau tidak enak di bahagian sulit dan juga mencegah keputihan.  Caranya pun mudah iaitu dengan membasuh alat sulit dengan air rebusan sirih selepas membuang air kecil.

Selasa, 7 Disember 2010

1432H

Hari ini bermulalah tahun baru 1432H.  Satu haribulan Muharam adalah hari tahun baru kalendar Islam kita.  Sempena hari ini saya mengucapkan selamat untuk semua.

SELAMAT
TAHUN BARU 1432H

Semoga tahun ini kita diberkati dengan segala nikmat yang lebih baik dari sebelumnya.  Semoga kita semua sentiasa sihat, ceria dan bahagia.


Khamis, 2 Disember 2010

ANTARA PUASA & MAHA

N3 sambil menunggu sahur lagi ni nampaknya.  Malas juga nak tulis.  Tapi dari duduk melopong saja, baik cerita jugak.

Suami saya teruja dengan puasa sunat hari Isnin dan Khamis yang beliau baru cuba amalkan sejak sebulan yang lalu.  Seronok juga ada teman berpuasa sunat.  Yang tak berapa best tu suami mahu makan seperti biasa waktu sahur, dan yang lagi tak best tu nak makan lewat pulak!  Tapi, layan saja jugak!

Sebenarnya niat hati nak pergi melawat MAHA 2010 yang di adakan di Serdang tu besok.  Suami malas nak pergi dan suruh saya pergi dengan kawan.  Kalau puasa esok, takut pula lebur puasa tu.  Maklum sajalah, ini puasa sunat dan godaan di pesta berkenaan nanti pastinya amat besar.  Tak akan pula kalau kawan duduk makan tu saya buat derk saja!

Ini bukanlah dilema besar, tapi masih juga dilema.  Apa pun bersahur sajalah dulu.  Kalau tak tertahan godaan, lebur la puasa besok. :)

Isnin, 29 November 2010

BANGUN SAHUR JELAJAH BLOG

Sebenarnya bangun nak makan sahur ini.  Oleh sebab terawal pulak, jadi blogwalking la sekejap.  Dapat juga baca beberapa N3 terbaru.

Sekalian update juga ni.  Kalau nak cerita panjang, nanti lambat pulak bersahur.  Jadi sekadar buat N3 cerita ini saja la nampaknya!  Hehe.

Selasa, 16 November 2010

UCAPAN RAYA

Sempena Hari Raya Haji tahun ini, saya ingin turut mengucapkan selamat kepada semua kawan dan rakan.

SELAMAT HARI RAYA
AIDIL ADHA 1431H

Semoga kita semua terus dirahmati dan diberkati.  Maaf zahir dan batin.

Ahad, 7 November 2010

MEMBACA YANG TERSIRAT

Saya hanya ingin turut bicara tentang apa yang sebenar tersirat di sebalik apa yang berlaku dan tersurat dalam pilihanraya kecil (PRK) Galas dan Batu Sapi.  Elok juga kita ambil tahu serba sedikit tentang suasana semasa.

Pemimpin BN memang berbangga dan teruja dengan kemenangan di PRK Galas dan Batu Sapi itu.  tetapi kalangan rakyat yang lebih terbuka dan bersifat tidak berpihak melihatnya sebagai seusatu yang sudah dijangka.

Sama ada ianya berlaku kerana sogokan atau keterpaksaan, realitinya isu penduduk setempat memainkan peranan besar.  Pertamanya kedua-dua tempat pada asal dan asasnya adalah kubu kuat BN.  Selain dari itu majoriti rakyat setempat tidak dapat melihat kemampuan parti alternatif untuk melakukan anjakan yang ketara dan berbeza.

Secara rasional, PAS sedar mereka bertanding di kawasan yang secara tradisinya adalah milik BN.  Kemenangan pada pilihanraya umum pada 2008 adalah majoriti yang agak tipis.  Di samping itu berlakunya konflik pimpinan setempat serta isu penindasan atasan yang tidak ditangani secara bijaksana oleh pimpinan PAS khususnya.  Faktor-faktor ini membuatkan PAS akur bahawa mereka hanya boleh mengharap untuk dapat mengekalkan pola sokongan pengundi sepertimana 2008.

Keputusan menunjukkan undi Cina dan Orang Asli sudah lebih berpihak kepada BN.  Begitu juga pengundi ahli-ahli UMNO yang memprotes semasa 2008 dulu sudah ada yang kembali.  Di samping itu calon PAS juga tidak mempunayi kelebihan mengikut penilaian majoriti pengundi.  Yang paling utama mereka juga berdepan dengan seluruh jentera Kerajaan Persekutuan.

Di PRK Batu Sapi pula ternyata majoriti rakyat adalah mereka amat dhaif dan memerlukan anjakan ekonomi yang ketara.  Majoriti tidak yakin untuk meletakkan kepercayaan kepada barisan alternatif.  Pada pemikiran mereka yang mudah, sekurang-kurang BN ada sokongan jentera Kerajaan Persekutuan.

Faktor Datuk Yong Teck Lee juga lebih membuatkan majoriti semakin curiga dengan keikhlasan mereka selain BN.  Beliau dilihat sebagai orang lebih mementingkan diri.  Sementara itu calon PKR juga kurang meyakinkan mereka di kawasan yang lebih dhaif ini.  Di kawasan seperti ini, keperluan asas mengatasi segala apa yang lain.