Sejak cuti sekolah majlis kenduri kahwin berlambak-lambak. Bila melihat banyak hantaran kahwin, saya teringat nak bicara pasal sirih.
Walaupun sirih agak senang ditanam, tak ramai orang menanamnya. Saya salah seorang yang saja-saja tanam untuk sesekali guna untuk mandi.

Sejak meningkat remaja dulu, mak selalu suruh gosok badan dengan daun sirih dan sesekali mandi dengan air rebusan sirih. Tujuannya ialah untuk menghilangkan bau badan, matikan kuman serta elakkan jerawat dan kulat.
Setelah dewasa/meningkat usia, baru saya membaca tentang khasiat sirih dengan lebih lanjut. Baru tahu rupanya banyak lagi kegunaannya.
Antara yang menarik perhatian saya ialah sirih dapat membantu untuk hilangkan bau tidak enak di bahagian sulit dan juga mencegah keputihan. Caranya pun mudah iaitu dengan membasuh alat sulit dengan air rebusan sirih selepas membuang air kecil.