Memaparkan catatan dengan label Kisah Diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Diri. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Julai 2010

BLOG MENULIS DAN BERCERITA

Malam ini rasa susah pula nak tidur.  Mungkin tadi termakan terlalu banyak daging rendang.  Cuaca hari ini pula panas.  Jadi badan rasa panas sangat.  Alang-alang layan blogging la.

Sekarang saya rasa dapat fahami kenapa sesetengah bloggers mempunyai ramai pengikut yang aktif.  Blog itu sendiri sudah maksudnya untuk menulis dan bercerita.  Yang lebih nyata, benarlah blog itu sendiri mesti ada tarikannya.

Rupa tarikan itu kelihatan berbeza.  Ada yang suka tulis merapu entah apa-apa.  Tak kurang yang menulis cerita harian sendiri, ada yang tulis cerita rekaan, dan ada yang ceduk ciplak tulisan orang lain.  Hanya segelintir saja yang benar-benar berkongsi ilmu, pengalaman dan pandangan.

Saya mungkin belum lagi menjelajah semua bloggers.  Mungkin juga tidak terlaksana untuk melakukannya.  Salah saya juga kerana jarang sekali buat blogwalking dan masa saya berblogging saya juga amat terhad sekali.

Tapi saya selalu juga mengunjungi beberapa blog, terutamanya mereka yang sama-sama sering mengunjungi blog yang saya suka dan selalu ikuti.  Semoga lama-lama nanti, saya berjaya mempunyai lebih ramai rakan bloggers juga.

Khamis, 15 April 2010

KERJA SAMPAI KE TENGAH MALAM

Akhir-akhir ini, banyak pula kerja.  Tangan ada dua saja.  Tapi kerja menimbun macam perlukan ratusan dan ribuan tangan.

Banyak dah merungut.  Ya la, kita ni kakitangan perempuan.  Bos suruh buat kerja pejabat.  Lepas suruh juga out-station kerana ada perkara berbangkit dekat tapak.

Hari itu saya dan tiga orang kakitangan lain ditugaskan pergi mengecek tahap kerja di luar kawasan.  Memang la pakai kereta pejabat dan pemandu yang bawa.  Tapi balik hari.  Baru  sejam lebih yang lalu sampai rumah.  Esok awal dah kena pergi kerja balik.  Macam robot pula gayanya!

Ahad, 11 April 2010

MAKAN SATE/SATAY KAJANG

Petang semalam kita orang pergi ke rumah anak saudara suami saya yang duduk di Kelana Jaya.  Selepas mereka menjamu air bujang, mereka mengajak pergi makan satay Kajang.  Hari dah agak petang sangat, jadi saya agak keberatan.  Tetapi anak nak pulak makan satay tu.

Rupa-rupanya satay Kajang yang mereka maksudkan ialah Satay Hj Samsuri di Damansara Utama saja.  Selambar saja mereka kenakan saya.  Kita orang memang tak pernah ke situ.  Tak tahu ada restoran satay Kajang berdekatan di sini. 

Selain dari satay biasa seperti ayam, daging, mereka juga ada satay perut, kambing, arnab, dan rusa.  Ada bermacam-macam makanan tambahan.  Selain ketupat dan nasi himpit, mereka juga ada masakan nasi, mee dan meehoon goreng/sup/bandung dan sebagainya.

Mulai 5 hb April, minggu lepas, mereka juga telah menukar kepada servis layan diri pula.  Jadi kenalah order, bayar dulu dan ambil serta bawa sendiri kuah kacang, ketupat dan timun.  Mungkin itu lebih mudah dan selamat untuk perniagaan.

Hidangan Saya Suami Isteri

Oleh kerana kami ramai, terpaksa sambung tiga meja.  Walaubagaimanapun mereka buat 'order' beberapa set untuk 2 orang supaya senang untuk makan.  Semua berpesan tak mahu pulak gambar mereka disiarkan.  Jadi saya tunjukkan set makanan untuk saya dan suami saja di sini. :)

Sabtu, 27 Mac 2010

MULA BELAJAR BLOGGING

Kata-kata kawan, elok juga mengisi masa dengan berblogging bila usia semakin lanjut.  Menurut doktor pun, jika suka duduk sendirian dan tidak berinteraksi, manusia akan mudah jadi nyanyuk.  Jadi saya pun termakan juga.

Harap-harap nanti, dunia Maya ini memberi pengertian baru di dalam hidup saya.  Semoga ada yang sudi menjadi kawan.  Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih banyak.