Memaparkan catatan dengan label Kabar dan berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kabar dan berita. Papar semua catatan

Sabtu, 30 April 2011

RAKAM GAMBAR PENGANTIN

Saya juga nak menghias laman Maya dengan gambar pengantin di raja England yang berlangsung semalam.  Bukan apa, saja nak buat kenangan.

Pengantin Di Raja

Puas juga mencari gambar, tapi ini saja yang dapat.  Kebanyakan di blog rakan sudah siap tertera nama mereka.

Ada juga di beberapa blog lain.  Tapi tak berani pula nak masuk sebab ada perangkap kait orang dengan iklan komersial!  Kata anak saya, 'Komer sial!'

Sabtu, 16 April 2011

JENNIFER LOPEZ WANITA TERCANTIK

'People Magazine' telah menamakan Jennifer Lopez (J Lo) sebagai wanita tercantik di dunia.  Penyanyi popular ini memang mempunyai wajah bersih dan menawan.

Tapi seperti kata orang, lain orang lain nilai dan ukurannya.   J Lo sendiri pun terkejut dengan pengiktirafan itu.   Walaupun begitu dia tetap gembira.

Memang seronok diiktiraf diperingkat dunia.  Sekarang dunia melihat kecantikan hatinya juga melalui rancangan popular 'American Idol' musim terkini yang sedang disiarkan di TV.

Isnin, 9 Ogos 2010

SUKARELA UNTUK WANG BELANJA

Saya geli hati juga dengan ejekan orang ramai tentang elaun sukarelawan yang diumumkan akan naik sebanyak 50% mulai tahun hadapan.  Besar juga jumlah elaun yang bakal diterima nanti.

Mengikut Timbalan Menteri Dalam Negeri pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang dalam proses penilaian kertas kerja untuk tindakan selanjutnya.  Adalah diharapkan penambahan elaun itu dapat memberikan perkhidmatan lebih baik kepada masyarakat serta peranan dan tugas mereka yang kian mencabar.

Apa yang menjadi ejekan ialah memang betul tanggapan orang selama ini.  Kebanyakan sukarelawan memang bekerja itu untuk wang belanja.  Kira-kira elaun dari 'kerja sukarela' ini cukuplah untuk belanja keperluan sebulan.

Selasa, 6 Julai 2010

KEMALANGAN NGERI

Ngeri betul kemalangan yang melibatakan kematian seorang lelaki di Lebuhraya Plus Utara-Selatan dekat Sungei Buloh.  Diberitakan otak mangsa berkecai dan bertaburan.

Di dalam kejadian itu, kereta mangsa melanggar besi penghadang lebuhraya lalu terhumban jatuh menjunam ke bawah dengan ketinggian yang amat tinggi.  Lihat saja bangkai kereta seperti di dalam gambar di bawah.

Lokasi Kemalangan 

Sungguh tinggi nampaknya tempat jatuh ini.   Kereta mangsa habis remuk, badan mangsa juga tentunya kalau otaknya sudah bersepai.

Kalau ikut dari model keretanya dari jenis Citreon yang bagus dan usia mangsa yang semuda 27 tahun, tentunya dia dari keluarga orang berada atau elit, atau sekurang-kurangnya seseorang yang mempunyai pendapatan yang lumayan.  Tapi ajal menjemputnya awal di usia muda.

Ahad, 23 Mei 2010

AKIBAT MERUSUH!

Nampak jauh bezanya orang-orang Thailand dan Indonesia.  Mereka suka gaduh dan merusuh serta degil.  Apa yang terjadi di Bangkok tu baru le namanya merusuh.

Kerajaan Thai pula yang lebih banyak bertolak ansur.  Tetapi setelah dua bulan, langkah yang diambil oleh kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menterinya Abhisit harus dipuji dan dikira amat wajar dan bertepatan sekali.

Bergotong Royong Bersihkan Jalanraya

Selepas operasi gempur oleh tentera Thai di pusat Bandaraya Bangkok, hari ini rakyat bergotong-royong untuk membersihkan jalanraya.  Katanya ribuan anak sekolah dan rakyat tempatan Bangkok turut serta dalam usaha ini.  Mereka sapu dan cuci beramai-ramai segala kotoran akibat dari perbuatan kumpulan yang merusuh!

Selasa, 18 Mei 2010

ANGIN AHMAR ITU FATAL

Seorang kenalan dan jiran tiba-tiba terkena 'stroke' atau apa yang juga kita ketahui sebagai angin ahmar.   Beberapa jam sebelum itu, saya menyapanya yang sedang menguruskan pokok bunga di halaman luar  pagar rumahnya.

Saya amat terkejut dengan berita kematiannya awal malam tadi.  Ketika itu pula saya sedang berada di rumah saudara yang juga sedang mengalami sakit yang sama.  Tetapi saudara saya itu sekadar lumpuh seluruh anggota sebelah kirinya, dan tidak boleh bercakap.

Memang benar angin ahmar ini adalah satu penyakit yang fatal.  Seseorang yang terkena angin ahmar, biasanya akan lumpuh.  Jika pendarahan dan atau pembekuan di otak berlaku lebih dari empat jam dan tidak mendapat pertolongan secepatnya, biasanya ia akan membawa maut.

Saya diberitahu ada doa yang dinamakan doa angin ahmar yang harus menjadi amalan kita.  Insya Allah, dengan mengamalnya, kita akan terpelihara dari terkena angin ahmar.  Saya pun nak pergi mencari buku doa ini dikedai buku.