Insya Allah, bulan Ramadhan yang mulia akan berlabuh lagi selepas Maghrib malam ini. Umat Islam yang beriman diseluruh dunia akan berebut-rebut untuk mengisikannya dengan amalan yang berganda kerana mendambakan ganjaran pahala yang berganda.
Sama-samalah kita berdoa semoga kita dipanjangkan umur, diberkati dengan kesihatan dan kekuatan yang baik untuk melakukan sebanyak yang terdaya. Semoga semuanya sempurna dan baik. Amin.