Jumaat, 28 Januari 2011

NAK DUKUNG ANAK

Hari ini anak saudara suami disahkan mengidap barah hati dan juga pra-diabetik.  Muda lagi umurnya, iaitu baru pertengahan tiga puluh.  Semua keluarga turut sedih.

Ternyata penyakit-penyakit ini tidak mengenal usia.  Di samping sudah diberi ubat untuk penyakitnya, dia juga dijadualkan menjalani beberap ujian.

Saya teringat N3 Datin Dr Fauziah yang menyentuh tentang beberapa petua-petua tradisional untuk mengatasi masaalah kesihatan seperti ini.  Selepas membaca semula beberapa N3s beliau, ternyata beliau menyarankan supaya mengamalkan minum air dukung anak.

Besok ramai sanak saudara berjanji untuk bantu mencari pokok dukung anak ni.  Semoga dipermudahkan dan anak saudara suami akan tertolong nanti. 

5 ulasan:

KERI berkata...

Salam Sitija.
Jika tak jumpa di mana-mana, singgahlah ke rumah Kak G. Tentu beliau beri. Beliau kan baik hati.

ROHA berkata...

Salam Siti.
Ya la! Betul kata Abang Keri tu!

BID berkata...

Aslmkm.
Hehe .. Bid setuja saja la!

Zizaq berkata...

Salam Siti.
Pokok ni tumbuh merata .. cari jer.

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm.
Pasti dipermudahkan!
Sudah mendapatkannya ya?