Isnin, 23 Ogos 2010

NAFSU BERMULA DI UMUR SUNTI REMAJA

Saya yakin gadis di kampung-kampung lagi awal keinginan nafsu seks mereka.  Bukan apa, saya pernah berjumpa beberapa gadis kampung sewaktu sessi kaunseling dulu.

Gadis-gadis sunti dalam umur di sekolah rendah lagi itu sudah pandai berbicara tentang seks.  Kalau mengikut cerita-cerita mereka, mereka tidur di tempat terbuka di ruang luar bersama-sama adik-beradik mereka.  Bila malam hari mereka sering mendengar ibu bapa mereka mengadakan hubungan seks.  Jadi semakin hari mereka semakin gian.

Nah itu salah satu sebabnya kenapa berlaku peristiwa hubungan jenis di luar nikah.  Gadis-gadis sunti dan remaja lelaki ini menahan perasaan mereka.  Sudah lama perasaan itu terpendam.  Apabila mereka berkenalan, perasaan dan keinginan itu senang terusik dan terangsang.

Rabu, 18 Ogos 2010

ZIKRULLAH DAN SELAWAT

Di bulan Ramadhan Al Mubarak ini kita disarankan untuk melakukan amalan-amalan sunat.  Antara amalan sunat yang disyorkan ialah seperti solat Terawih dan zikrullah.

Fadilat terawih memang besar kerana dijanjikan ganjaran pahala dan balasan Syurga.  Walaupun banyak pendapat tentang ganjaran mengikut amalan terawih setiap hari, tetapi yang jelas ialah semuanya menjanjikan ganjaran terbaik.

Begitu juga dengan zikrullah.  Kita disyorkan berzikir sebanyak yang boleh.  Antara zikrullah yang mudah untuk diamalkan ialah ucapan syahadah, dan bertasbih seperti berikut.

لا إله إلا الله محمد رسول الله
La Ilaha Ilallah Muhammadur Rasulullah

سبحان الله
Subha Nallah

Kemudian moleklah untuk dihiasi dengan selawat Nabi.  Selawat Nabi ada yang pendek dan ada yang panjang.  Sekurang-kurangnya selawat seperti berikut.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahum Ma Saliala Muhammad Wa Ala Ali Muhammad

Semoga amalan kita mendapat keredhaan Allah SWT. Amin.

Rabu, 11 Ogos 2010

RAMADHAN AL MUBARAK SUDAH TIBA

Bulan mulia bulan Ramadhan sudah pun berlabuh sejak selepas Maghrib semalam.  Bulan mulia juga dikenali sebagai bulan puasa.  Dalam ayat 183 dalam Surah Al Baqarah, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa."
Alhamdulillah kita dapat bersama-sama di bulan Ramadhan tahun ini. Semoga kita dikurniakan umur yang panjang, kekuatan dan rahmat untuk mengerjakan segala ibadah wajip dan sunat dengan sempurna dan baik. Amin.

Isnin, 9 Ogos 2010

SUKARELA UNTUK WANG BELANJA

Saya geli hati juga dengan ejekan orang ramai tentang elaun sukarelawan yang diumumkan akan naik sebanyak 50% mulai tahun hadapan.  Besar juga jumlah elaun yang bakal diterima nanti.

Mengikut Timbalan Menteri Dalam Negeri pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang dalam proses penilaian kertas kerja untuk tindakan selanjutnya.  Adalah diharapkan penambahan elaun itu dapat memberikan perkhidmatan lebih baik kepada masyarakat serta peranan dan tugas mereka yang kian mencabar.

Apa yang menjadi ejekan ialah memang betul tanggapan orang selama ini.  Kebanyakan sukarelawan memang bekerja itu untuk wang belanja.  Kira-kira elaun dari 'kerja sukarela' ini cukuplah untuk belanja keperluan sebulan.