Isnin, 27 September 2010

BERAS BARIO MAHAL

Tempuhari anak saya bawa balik beras Bario pemberian kawannya, seorang orang asli Sarawak dari suku Orang Ulu di Bario.  Beras ini rupanya amat sedap di makan.  Baunya harum dan berasnya lembut.

Kata mereka yang pernah tinggal di Sarawak, beras ini adalah seperti beras huma.  Ia hanya terdapat di kawasan tanah tinggi Bario di perdalaman Sarawak.  Mengikut kata mereka memang susah nak mendapat beras ini.  Tetapi sekarang beras ini sudah ada dijual di hypermarket.

Semalam saya pergi ke Tesco dan mencari beras ini.  Benar memang ada di jual di sana.  Tetapi memang benar juga, harganya teramat mahal.  Sepeket kecil berisi 1 kilo sudah belasan Ringgit.  Mengalahkan harga beras-beras lain termasuk beras Basmati yang juga mahal.

Nampaknya beras Bario memang tak boleh dibuat makanan hari-hari.  Ia lebih merupakan bahan makanan mewah.

Isnin, 20 September 2010

KEMAS RUANG!

Dah lebih seminggu saya tak mengemas.  Bukan kerana Raya sakan, tapi kerana cerita Raya saya dan keluarga sendiri hanya biasa-biasa saja, tak ada yang terlalu menarik.

Tiga hari tu beraya jugalah.  Tak sempat nak jengah Maya sangat.  Tetapi selepas tu, jalan-jalan saja melihat keadaan di Maya.

Malam ni susah pula nak tidur sebab batuk dah semakin teruk.  Mungkin terlalu banyak makan sate dan kuah kacang agaknya.  Jadi alang-alang, update saja sekali.  :)

Jumaat, 10 September 2010

KITA BERHARI RAYA

Sejak pagi lagi nak buat N3, tapi dah buat itu ini dan bila dah beramai tu, sampai Maghrib barulah dapat.  Sempena hari yang mulia ini, saya mahu mengucapkan selamat juga.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir Batin

Semoga ceria dan bahagia bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai semua.  Namun begitu, kita mesti terus berwaspada, terutamanya semasa di jalanraya.

Khamis, 2 September 2010

KUIH MAHAL TAPI TAK BEGITU ENAK

Rata-rata saya tengok harga kuih raya sudah pun naik.  Tak ada kuih yang agak enak dimakan yang dijual dengan harga bawah RM 20 untuk sekitar 40 biji.  Jika ada yang terlalu murah, itu baik dibuang saja kerana tak ada rasa selain tepung dan sedikit gula serta margarin dalam proposi yang tak kena langsung!

Nampaknya ada hanya dua pilihan.  Kalau tidak mahu buat sendiri, terpaksalah bersedia membeli kuih yang sedap dengan harga yang mahal.  Sebaliknya jika rasa harganya terlalu tinggi, maka terpaksalah buat sendiri saja.

Isnin, 23 Ogos 2010

NAFSU BERMULA DI UMUR SUNTI REMAJA

Saya yakin gadis di kampung-kampung lagi awal keinginan nafsu seks mereka.  Bukan apa, saya pernah berjumpa beberapa gadis kampung sewaktu sessi kaunseling dulu.

Gadis-gadis sunti dalam umur di sekolah rendah lagi itu sudah pandai berbicara tentang seks.  Kalau mengikut cerita-cerita mereka, mereka tidur di tempat terbuka di ruang luar bersama-sama adik-beradik mereka.  Bila malam hari mereka sering mendengar ibu bapa mereka mengadakan hubungan seks.  Jadi semakin hari mereka semakin gian.

Nah itu salah satu sebabnya kenapa berlaku peristiwa hubungan jenis di luar nikah.  Gadis-gadis sunti dan remaja lelaki ini menahan perasaan mereka.  Sudah lama perasaan itu terpendam.  Apabila mereka berkenalan, perasaan dan keinginan itu senang terusik dan terangsang.

Rabu, 18 Ogos 2010

ZIKRULLAH DAN SELAWAT

Di bulan Ramadhan Al Mubarak ini kita disarankan untuk melakukan amalan-amalan sunat.  Antara amalan sunat yang disyorkan ialah seperti solat Terawih dan zikrullah.

Fadilat terawih memang besar kerana dijanjikan ganjaran pahala dan balasan Syurga.  Walaupun banyak pendapat tentang ganjaran mengikut amalan terawih setiap hari, tetapi yang jelas ialah semuanya menjanjikan ganjaran terbaik.

Begitu juga dengan zikrullah.  Kita disyorkan berzikir sebanyak yang boleh.  Antara zikrullah yang mudah untuk diamalkan ialah ucapan syahadah, dan bertasbih seperti berikut.

لا إله إلا الله محمد رسول الله
La Ilaha Ilallah Muhammadur Rasulullah

سبحان الله
Subha Nallah

Kemudian moleklah untuk dihiasi dengan selawat Nabi.  Selawat Nabi ada yang pendek dan ada yang panjang.  Sekurang-kurangnya selawat seperti berikut.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahum Ma Saliala Muhammad Wa Ala Ali Muhammad

Semoga amalan kita mendapat keredhaan Allah SWT. Amin.