Isnin, 29 Mac 2010

PENILAIAN POLITIK

Petikan berita terkini:

Datuk Seri Chua Soi Lek dipilih sebagai Presiden MCA yang baru ...

Dr Chua yang juga bekas Timbalan Presiden MCA, menang dengan majoriti tipis 98 undi. Beliau memperoleh 901 undi, mengalahkan bekas Presiden, Tan Sri Ong Ka Ting, yang mendapat 833 undi.

Penyandang jawatan yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, hanya memperoleh 578 undi dalam saingan tiga penjuru bagi jawatan presiden itu.
Rupanya para delegasi parti politik menilai mengikut cita-rasa politik mereka. Pada rakyat umum seperti saya, Datuk Seri Ong Tee Keat telah membawa pembaharuan yang memberansangkan. Tetapi semuanya tidak cukup baik mengikut penilaian politik.  Patutlah semuanya jadi celaru!

Sabtu, 27 Mac 2010

BERITA TERKINI

Petikan Berita:
Nombor plat TAY 1 dijual RM220,000

Nombor plat kenderaan TAY 1 yang dikeluarkan di Terengganu dibeli dengan harga RM220,000, mengatasi harga plat TAN 1 sebelum ini yang bernilai RM200,090.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata harga tersebut diperolehi selepas enam pembeli membuat bidaan sejak tender dibuka dari 2 hingga 22 Feb lalu.

Begitulah jika orang sudah banyak wang. Harga sebuah rumah teres digunakan untuk membayar harga plat kereta!

MULA BELAJAR BLOGGING

Kata-kata kawan, elok juga mengisi masa dengan berblogging bila usia semakin lanjut.  Menurut doktor pun, jika suka duduk sendirian dan tidak berinteraksi, manusia akan mudah jadi nyanyuk.  Jadi saya pun termakan juga.

Harap-harap nanti, dunia Maya ini memberi pengertian baru di dalam hidup saya.  Semoga ada yang sudi menjadi kawan.  Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih banyak.